Thursday, July 30, 2009


"Kawan"! - Sebuah Puisi... " - Oleh burung ciok umoh!

Untuk apa ertinya berkawan... kalau kawan tak boleh nak tolong kawan! Kita kawan-kawan tak mau lawan! Terus kerja sampai ajal!

Kalau ada kawan yg suka makan kawan... Tak perlulah adanya kawan! Kawan-kawan bukan haiwan! So jangan ikut perasaan ok!

Ada kawan suka melihat kegembiraan kawan yg lain... Ada kawan yg suka melihat tangisan kawan yg lain! Kalau begitu maknanya kawan... Memang sukar menilai ertinya kawan!

Ada kawan hanya bersama ketika senang... Ada kawan hanya melihat saja kawan yg sedang kesusahan! Ada pula kawan ygsuka melihat kejatuhan kawan-kawan! Malah ada juga kawan yg sentiasa berusaha menikam kawan dari belakang!

Untuk apa ertinya berkawan kalau bukan sebagai kawan! Untuk apa ertinya berkawan kalau tak mampu menjadi kawan! Untuk apa ertinya berkawan kalau masing-masing suka berlawan! Untuk apa ertinya berkawan kalau kawan suka makan kawan!

Kawan yg baik adalah kawan yg mahu berada bersama kawan ketika susah dan senang! Kawan yg baik adalah kawan yg sentiasa sporting! "

Berkawan dengan prinsip hasad dengki lama-kelamaan membawa mati!

Kawan tanpa kawalan memang menyeronokan! Namun awas akan kebatilan seorang kawan yg mungkin akan membahayakan!

Apa gunanya erti berkawan kalau kawan tak mahu memahami hati seorang kawan! Apa gunanya erti berkawan kalau kawan hanya mementingkan diri sendiri sehingga melupakan kawan!

Apa gunanya erti berkawan kalau ada kawan yg tak sanggup menangis kerana kawan! Kawan adalah kawan!

Tanpa kawan akan kosonglah ertinya berkawan!

Untuk berkawan memanglah mudah! Namun utk menjaga hubungan antara kawan adaah sesuatu yg maha sukar! Berkawan memerlukan pengorbanan! Berkawan memerlukan kesefahaman! Berkawan memerlukan kesesuaian!

Tanpa kawan dalam kehidupan... akan suramlah perjalanan! Untuk apa ertinya berkawan kalau bukan sebagai sebuah sandaran!

Untuk apa ertinya berkawan kalau bukan sebagai sebuah platform utk meluahkan perasaan! Untuk itu...

sama-samalah menjaga kawan! Jangan sampai kawan makan hati kerana bengang dengan sikap kawan! Jangan sampai kawan jadi serba-salah apabila terpaksa berhadapan dengan karenah seorang kawan!

Hormati kawan umpama menghormati diri sendiri! Nescaya akan terbitlah makna sebenar "Untuk Apa Ertinya Berkawan"

KIta kawan-kawan tak mahu lawan! aku caya sama lu! nie puisi khas untuk kau... bernama kawan!!

Mangsa tikam belakang dan kaki ampu..... burung ciok umoh

No comments:

Post a Comment